Pages

Tuesday, 14 April 2020

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA - Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah/Biasiswa JPA

Assalamualaikum and hi semua! So today nak share tentang pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi peringkat Ijazah, program pinjaman ni dikenali sebagai PIDN atau nama panjangnya Program Ijazah Dalam Negara, iaitu khusus untuk student yang belajar di semua Universiti Awam  (UA) di Malaysia untuk pengajian peringkat Ijazah. Tapi ada juga course yang tak ditawarkan pinjaman ni seperti contohnya program Ijazah Pendidikan. Kenapa PIDN ni dikira sebagai pinjaman dan boleh ubah ya? Dulu-dulu, untuk peringkat Ijazah ni, JPA tawarkan biasiswa penuh. Tapi sejak tahun bila tak ingat, ia ditukarkan kepada pinjaman boleh ubah. Pinjaman boleh ubah tu apa? Boleh ubah tu bermaksud jumlah bayaran balik yang kita perlu bayar adalah bergantung pada syarat-syarat yang kita kena penuhi, bergantung kepada pekerjaan kita. Btw, PIDN ni boleh dikatakan lebih tinggi peluang untuk dapat (bergantung pada pointer), berbanding pinjaman pendidikan dari Bank Rakyat (PPBU Bank Rakyat) yang agak familiar di kalangan student yang nak cari pinjaman. 


Jumlah Bayaran Balik PIDN JPA:

    • 0%     - Pinjaman ditukarkan kepada biasiswa penuh jika berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.
    • 25%   - Jika berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selepas tamat pengajian.
    • 50%   - Jika berkhidmat dalam sektor swasta dalam negara selepas tamat pengajian.
    • 100% - Jika berkhidmat dengan syarikat swasta di luar negara, atau selain dalam Perkhidmatan Awam/ GLC / Syarikat swasta yang berada dalam negara setelah tamat pengajian.

Syarat pemohon yang layak pula ialah:

Permohonan Selain Pelajar Bidang Perubatan

Syarat Umum
      1. Warganegara Malaysia
      2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
      3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
      4. Mempunyai kesihatan yang baik dan
      5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30;

atau

- Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan.


DAN Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.


 Permohonan Pelajar Bidang Perubatan dan Pergigian

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama

dan

(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.


Macam mana nak apply ya? Senang je, first, kena sentiasa alert dengan iklan permohonan pinjaman ni. Biasanya, permohonan akan dibuka lebih kurang pada bulan April. Boleh sentiasa check and tengok update dekat website yang share tentang biasiswa, or boleh check dekat website JPA sendiri , boleh click here ya (LAMAN WEB RASMI JPA). Untuk borang permohonan pula, semestinya secara online and kena apply melalui website tersebut juga. Bila dah siap isi borang tu, akan dapat slip pengesahan permohonan as below. :)



Slip Pengesahan Permohonan PIDN


Next, bila dah mohon tugas seterusnya ialah kena alert dengan tarikh keputusan PIDN dikeluarkan. Macam I dulu, lama juga tunggu result PIDN ni. Apply bulan April, hujung bulan Ogos baru dapat resultnya. Tapi alhamdulillah, tak sia-sia menunggu lama hehehehe. Error masa check result ? Ada ke benda macam ni berlaku? Hahaha mestilah ada. Masa hari result diumumkan tu, ada masalah teknikal sikit. First tu check check, keputusannya dukacita. Sedih sangat sangat masa tu. Tapi bila search dekat twitter tentang results ni, tengok tengok rupanya masa tu ada masalah teknikal and memang ramai yang dapat result dukacita. Hahahaha. Time tu barulah rasa lega sikit and rasa macam ada harapan lagi ni. Then, tak lama lepas tu check semula, and alhamdulillah dapat PIDN ni ๐Ÿ˜



Okay next, lepas dapat keputusan yang anda berjaya, akan dapat slip macam dekat bawah and kalau tak berjaya, akan ada satu button untuk rayuan. Masa rayuan tu, kena isi satu form yang macam kena buat short esei tentang kenapa kita nakkan pinjaman tu (dulu kena buat macam ni, latest tak sure macam mana). In case ada yang tak berjaya dengan permohonan ni, jangan patah semangat. Try buat rayuan dulu okay and try juga apply biasiswa atau pinjaman pendidikan yang lain. PIDN ni pun pinjaman kedua yang I apply, lepas TAK BERJAYA dengan permohonan PPBU Bank Rakyat. Btw, selain PPBU Bank Rakyat, boleh juga try Pinjaman Pendidikan MARA, atau Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri yang prosedur permohonan and syarat2nya bergantung pada negeri tempat asal kita masing-masing. 



Semakan Keputusan PIDN



Lepas berjaya kena buat apa? Haaaa mestilah kena lengkapkan dokumen perjanjian PIDN JPA ni. Part dokumen perjanjian ni, ikut je semua arahan yang diberikan. Jangan pandai-pandai nak buat arahan sendiri okay ? Hehehee. Mana nak hantar segala agreement PIDN JPA ni ? Tak apa jangan risau, nanti JPA akan datang setiap kampus untuk collect agreement tu. Bila pihak JPA nak collect? Sabar. Memang akan ambil masa yang lama sikit. Mungkin sebulan dua lepas tarikh keputusan keluar, baru pihak JPA akan datang untuk semak, sahkan and collect agreement kita. Yang penting, agreement tu kena isi betul2 tau untuk elakkan masalah timbul waktu nak hantar tu. Ada soalan pasal agreement PIDN JPA ni, boleh drop dekat comment okay? 


Ada apa-apa yang mengelirukan atau nak tahu lebih lanjut? Boleh drop soalan dekat comment juga. Thank you for reading! :)

8 comments:

  1. Assalamualaikum. Sorry baru terjumpa blog ni. Boleh saya tahu, JPA PIDN ni tengok gaji parents jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Hi!! Setakat yang saya tahu, tengok juga tapi more kepada tengok results actually :D

      Delete
  2. Assalamualaikum, hi nak tanya tempoh untuk dapat duit tu lama tak after hantar dokumen² tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia start taja bulan sept based on pdf masa mintak tu

      Delete
  3. hii awak! i baru jumpa this blog lps i dapat tawaran pidn jpa ni. so may i ask ur opinion if its worth it? setahu i dia boleh jadi biasiswa if kita kerja dgn gov kan?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum hi nak tanya, if waktu mohon online tu waktu nak isi bidang and nama ijazah, i punya takleh nak key in my course, dia cuma bagi pilihan yang ada je, so instead of my course which is quantity survey, i tak boleh tulis and takda pilihan untuk specific courses and only ada 4-5 pilihan je i think and yang berkait pun cuma sarjana muda sains senibina so i clicked that and sent the permohonan. apa pendapat u ye? i takut sebab ni dia reject permohonan i ๐Ÿ˜ญ☝๐Ÿป

    ReplyDelete
  5. Haii saya terjumpa blog ni dan ada pertanyaan adakah PIDN akan bayar kembali duit yg dikeluarkan untuk yuran bagi sem 1&2 sebelum result pidn diluluskan?

    ReplyDelete
  6. Hii nk tnya , how to key in result yg dh dpt utk PIDN , still used myself Jpa Portal ke?

    ReplyDelete

Do leave your comment :)