Pages

Sunday, 14 January 2018

Kucing Terkena Sporo: Rawatan Sporo Kucing Paling Terbaik dan Berkesan

Sporo atau nama penuhnya Sporotriochosis ialah satu penyakit yang agak susah nak diubati jika terkena pada kucing. Berdasarkan journal dan article, penyakit ni berpunca oleh sejenis fungus iaitu Sporothrix schenckii. 

Dulu saya tak pernah tahu pun pasal penyakit sporo kucing ni. Sampailah satu masa, ada seekor kucing tu kakinya macam ada luka dan tiba tiba kakinya membengkak. Bila buat rawatan yang biasa dilakukan untuk rawat luka, masih tak ada kesan dan perubahan yang positif. Lukanya kucing langsung tak sembuh. Lepas search search and search, barulah tahu rupanya kucing saya terkena PENYAKIT SPORO. Malangnya, masa tahu tu, dah ada dua ekor kucing lagi yang dah berjangkit dengan yang first kena tu.😟

Tanda-tanda sporo pada kucing ni ialah dia ada luka yang membengkak (kawasan hidung, kaki, telinga, atas mata) dan luka ni susah nak sembuh. Kena perhatikan, kalau luka kucing lambat sembuh atau terlalu lama tapi tak sembuh2 tu mungkin la itu bukan luka biasa, tapi sporo. Luka ni biasanya macam berair dan macam kucing saya, luka tu dalam bentuk bulat-bulat. Penting untuk rawat secepat mungkin sebab makin lambat rawat, makin teruk jadinya sebab akan merebak ke tempat lain pada badan kucing tu juga.

Risau juga sebab penyakit ni sangat mudah berjangkit pada kucing lain dan BOLEH BERJANGKIT PADA MANUSIA jugak. Lepas dah confirm tiga ekor kucing dah terkena sporo, terus saya refer to the veterinar. Pergi veterinar kerajaan, tapi malangnya tak ada ubat disediakan untuk penyakit sporo ni. Yang ada hanyalah suntikan antibiotik untuk bunuh certain bacteria. Tapi sekarang saya tak tahulah, mungkin dah ada (kena call tanya). Lepas tu, ada juga la cuba beli ubat-ubat herba dan sebagainya yang dijual dekat Shopee dan blog lain, tapi kesannya macam tak nampak perubahan positif sangat dan kesannya sangat lambat. 

Tanpa putus asa, saya terus cari klinik veterinar yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, jumpa satu klinik tu. Klinik Veterinar Mentakab. Doctor kat situ okay, baik, peramah and mesra pelanggan. Services pun okay sangat. Then, lepas consult dengan doctor, doctor cadangkan satu jenis ubat ni beserta dengan krim yang khas untuk Sporo.


Ubat ni kena bagi kucing makan selama 21 hari tanpa henti




Close up ubat di atas



Cream untuk sapu pada luka sporo kucing kita

Details pasal ubat ubat di atas :
  • Harga 
    • Ubat dalam capsule  : RM 3/biji (seekor kucing kena bagi makan 21 hari tanpa henti)
    • Krim                         : RM 20/satu (sapu pada luka/bengkak kucing yang terkena sporo)

  • Cara penggunaan
    • Ubat dlm capsule :   Buka capsule tersebut, dan letakkan ubat tersebut dalam makanan                                         kucing (wet food).
    • Krim                     :  Ambil sedikit krim dengan hujung chopstick, dan letak pada                                                  luka/bengkak kucing yang terkena sporo. Seeloknya sapu guna                                              benda macam chopstick and etc, asalkan jangan sentuh luka                                                   sporo tu dengan tangan kita.
Alhamdulillah, selepas 21 hari melalui detik detik cemas, akhirnya ketiga tiga ekor kucing saya sembuh. Hehehe. Luka dah hilang sepenuhnya dan kaki tak bengkak lagi. Masa dua tiga hari pertama bagi diaorang makan ubat tu, obviously bengkak diaorang surut dan luka tu makin kering tau. Alhamdulillah !


TIPS keselamatan untuk mengendalikan kucing yang terkena sporo :
  • Sebaik-baiknya pastikan kita pakai glove masa pegang kucing tu. Bukan apa, kalau ada luka luka kecil pada tangan ke masa pegang kucing tu, lagi tinggi possibility untuk sporo tu berjangkit pada kita. 
  • Asingkan kucing yang masih sihat dengan kucing yang dah dijangkiti sporo untuk elakkan berjangkit pada kucing lain.
Untuk details atau nak tanya apa-apa, boleh comment kat bawah ya. Thank you!

1 comment:

Do leave your comment :)