Pages

Saturday, 15 August 2020

Drying Lotion Terbaik untuk Jerawat: Drying Lotion for Acne Review

Salam and hi semua. Today nak share pasal Drying lotion. Drying lotion ni memang familiar di kalangan pengguna2 yang acne-prone skin, nak nak pula yang ada cyst acne yang besar dan merah macam I selalu alami. Dah la sakit, besar pulak tu. Bila pakai drying lotion ni, sedikit sebanyak bantulah kecutkan jerawat tu, and of course buat our acne jadi sedikit kering. So pasal drying lotion ni, ada 2 brand je yang I pernah try and I akan comparekan both ni untuk korang okay which are from Mario Badescu dengan Naruko. 

Both akan bagi macam sensation effect (berangin) bila pakai and tak akan rasa pedih pun. Tapi tak boleh nak pakai waktu nak keluar rumah sebab bila pakai ni tempat yang kita apply tu akan putih2 macam berhabuk gitu sebab dalam setiap drying lotion pun kita akan nampak sediment (mendapan) kat belah bawah botol kan, itulah yang putih2 kat muka bila pakai tu. Cara pakai, simple je, just ambil cotton bud and letak product yang dah shake and mix with the sediment dekat atas jerawat degil itu ya.

 

Mario Badescu Drying Lotion
Mario Badescu Drying Lotion

🛒Available di Sephora
💰 Quite Pricey : Around RM95+
🧴  Volume : 29 ml
👩Thick powdery (nampak putih2) bila apply dekat muka
👤 Sensation : Low
🌺 Effect: biasa2 sahaja, tak terlalu WOW pun

NARUKO Blemish Clear Lotion Precious

 
🛒Available di Watsons / Hermo
💰 Affordable price : Around RM49+
🧴  Volume : 30 ml
👩Not too thick powdery (nampak putih2 tak tebal sangat) bila apply dekat muka
👤 Sensation : Medium
🌺 Effect: Better effect than Mario Badescu punya Drying Lotion (jerawat lagi cepat kering)


So, yang mana nak try guna drying lotion tu, boleh try dua dua ni cuma from my point of view, lagi berbaloi untuk cuba Naruko je daripada Mario Badescu. Tapi depends pada kulit masing masing juga ya. For me, I lagi selesa dengan Drying Lotion Naruko. 😊

Wednesday, 15 April 2020

The Ordinary: Vitamin C Malaysia Review

Vitamin C atau juga dikenali sebagai Ascorbic Acid ni antara active ingridients penting and one of the famous item dalam skincare kan? Bagus ke Vitamin C ni? Of course bagus! Vitamin C ni dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan collagen dekat kulit kita tau dan dia ada properties antioxidants. Biasanya kalau siapa siapa yang rajin guna Vitamin C as one of their skincare routine, boleh nampak yang skin mereka nampak glowing je. Hehehe. For this entry kita nak share tentang Vitamin C from The Ordinary. 


Siapa je tak kenal The Ordinary kan? Yang most famous items diaorang Niacinamide dengan Alpha Arbutin tu. I pernah write an entry tentang tu juga boleh click sini okay kalau nak baca. The Ordinary ni ada banyak sangat keluarkan product Vitamin C. Sampai kadang-kadang kita pun pening nak pilih. Apa-apa pun, first, kita kena tahu yang ada dua jenis Vitamin C iaitu PURE VITAMIN C and DERIVATIVES VITAMIN C. Untuk beginners, which yang tak pernah cuba guna any product of Vitamin C, better start dengan Vitamin C derivatives dulu tau untuk elakkan any iritation berlaku. Untuk pure Vitamin C pula, lebih sesuai untuk orang yang dah ada advanced skincare routine.


Before that, ini I ada listkan beberapa manfaat Vitamin C untuk kulit kita:
    • Meningkat penghasilan kolagen
    • Menegangkan kulit
    • Memudarkan parut dan bintik-bintik gelap
    • Memberi effect "glowing"
    • Mencerahkan kulit 
    • Menyekatakan tona kulit
    • Mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit 

Here, I listkan product Vitamin C The Ordinary based on group dia samaada PURE VITAMIN C atau DERIVATIVES VITAMIN C


THE ORDINARY PURE VITAMIN C


The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% 


The Ordinary Vitamin C Suspension 30% in Silicone 


The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder



The Ordinary Ascorbic Acid 8% + Alpha Arbutin 2%




THE ORDINARY DERIVATIVES VITAMIN C

The Ordinary Ascorbyl Glucoside Solution 12%


The Ordinary Magnesium Ascorbyl Phosphate 10%

The Ordinary Ascorbyl Tetraisopalmitate Solution 20% in Vitamin F

The Ordinary Ethylated Acid 15% Solution


So, itulah jenis-jenis Vitamin C by The Ordinary. From all of the above, ada 3 je yang I pernah guna which are The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%,  The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder and The Ordinary Ascorbyl Glucoside Solution 12%. In short, idk silapnya dekat mana, my face breakout teruk after guna Vitamin C yang mula mulanya sesuai dengan kulit I. Nanti I cerita okay. 💔


Tuesday, 14 April 2020

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA - Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah/Biasiswa JPA

Assalamualaikum and hi semua! So today nak share tentang pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi peringkat Ijazah, program pinjaman ni dikenali sebagai PIDN atau nama panjangnya Program Ijazah Dalam Negara, iaitu khusus untuk student yang belajar di semua Universiti Awam  (UA) di Malaysia untuk pengajian peringkat Ijazah. Tapi ada juga course yang tak ditawarkan pinjaman ni seperti contohnya program Ijazah Pendidikan. Kenapa PIDN ni dikira sebagai pinjaman dan boleh ubah ya? Dulu-dulu, untuk peringkat Ijazah ni, JPA tawarkan biasiswa penuh. Tapi sejak tahun bila tak ingat, ia ditukarkan kepada pinjaman boleh ubah. Pinjaman boleh ubah tu apa? Boleh ubah tu bermaksud jumlah bayaran balik yang kita perlu bayar adalah bergantung pada syarat-syarat yang kita kena penuhi, bergantung kepada pekerjaan kita. Btw, PIDN ni boleh dikatakan lebih tinggi peluang untuk dapat (bergantung pada pointer), berbanding pinjaman pendidikan dari Bank Rakyat (PPBU Bank Rakyat) yang agak familiar di kalangan student yang nak cari pinjaman. 


Jumlah Bayaran Balik PIDN JPA:

    • 0%     - Pinjaman ditukarkan kepada biasiswa penuh jika berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.
    • 25%   - Jika berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selepas tamat pengajian.
    • 50%   - Jika berkhidmat dalam sektor swasta dalam negara selepas tamat pengajian.
    • 100% - Jika berkhidmat dengan syarikat swasta di luar negara, atau selain dalam Perkhidmatan Awam/ GLC / Syarikat swasta yang berada dalam negara setelah tamat pengajian.

Syarat pemohon yang layak pula ialah:

Permohonan Selain Pelajar Bidang Perubatan

Syarat Umum
      1. Warganegara Malaysia
      2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
      3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
      4. Mempunyai kesihatan yang baik dan
      5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30;

atau

- Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan.


DAN Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.


 Permohonan Pelajar Bidang Perubatan dan Pergigian

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama

dan

(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.


Macam mana nak apply ya? Senang je, first, kena sentiasa alert dengan iklan permohonan pinjaman ni. Biasanya, permohonan akan dibuka lebih kurang pada bulan April. Boleh sentiasa check and tengok update dekat website yang share tentang biasiswa, or boleh check dekat website JPA sendiri , boleh click here ya (LAMAN WEB RASMI JPA). Untuk borang permohonan pula, semestinya secara online and kena apply melalui website tersebut juga. Bila dah siap isi borang tu, akan dapat slip pengesahan permohonan as below. :)



Slip Pengesahan Permohonan PIDN


Next, bila dah mohon tugas seterusnya ialah kena alert dengan tarikh keputusan PIDN dikeluarkan. Macam I dulu, lama juga tunggu result PIDN ni. Apply bulan April, hujung bulan Ogos baru dapat resultnya. Tapi alhamdulillah, tak sia-sia menunggu lama hehehehe. Error masa check result ? Ada ke benda macam ni berlaku? Hahaha mestilah ada. Masa hari result diumumkan tu, ada masalah teknikal sikit. First tu check check, keputusannya dukacita. Sedih sangat sangat masa tu. Tapi bila search dekat twitter tentang results ni, tengok tengok rupanya masa tu ada masalah teknikal and memang ramai yang dapat result dukacita. Hahahaha. Time tu barulah rasa lega sikit and rasa macam ada harapan lagi ni. Then, tak lama lepas tu check semula, and alhamdulillah dapat PIDN ni 😁



Okay next, lepas dapat keputusan yang anda berjaya, akan dapat slip macam dekat bawah and kalau tak berjaya, akan ada satu button untuk rayuan. Masa rayuan tu, kena isi satu form yang macam kena buat short esei tentang kenapa kita nakkan pinjaman tu (dulu kena buat macam ni, latest tak sure macam mana). In case ada yang tak berjaya dengan permohonan ni, jangan patah semangat. Try buat rayuan dulu okay and try juga apply biasiswa atau pinjaman pendidikan yang lain. PIDN ni pun pinjaman kedua yang I apply, lepas TAK BERJAYA dengan permohonan PPBU Bank Rakyat. Btw, selain PPBU Bank Rakyat, boleh juga try Pinjaman Pendidikan MARA, atau Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri yang prosedur permohonan and syarat2nya bergantung pada negeri tempat asal kita masing-masing. 



Semakan Keputusan PIDN



Lepas berjaya kena buat apa? Haaaa mestilah kena lengkapkan dokumen perjanjian PIDN JPA ni. Part dokumen perjanjian ni, ikut je semua arahan yang diberikan. Jangan pandai-pandai nak buat arahan sendiri okay ? Hehehee. Mana nak hantar segala agreement PIDN JPA ni ? Tak apa jangan risau, nanti JPA akan datang setiap kampus untuk collect agreement tu. Bila pihak JPA nak collect? Sabar. Memang akan ambil masa yang lama sikit. Mungkin sebulan dua lepas tarikh keputusan keluar, baru pihak JPA akan datang untuk semak, sahkan and collect agreement kita. Yang penting, agreement tu kena isi betul2 tau untuk elakkan masalah timbul waktu nak hantar tu. Ada soalan pasal agreement PIDN JPA ni, boleh drop dekat comment okay? 


Ada apa-apa yang mengelirukan atau nak tahu lebih lanjut? Boleh drop soalan dekat comment juga. Thank you for reading! :)