Pages

Wednesday, 31 July 2019

The Ordinary Review Malaysia: Jerawat dan Jeragat: Niacinamide & Alpha Arbutin

Hi korang. Baru-baru ni I ada share my BREAKOUT SOLUTION which is Mario Badescu punya product. Korang boleh baca sini for my honest review pasal Mario Badescu (Breakout Solution by Mario Badescu). So, today I nak share pula tentang The Ordinary punya product range yang HOLY GRAIL PRODUCT for certain people....and also nightmare product for certain people which are Niacinamide and Alpha Arbutin serum


Mana nak beli The Ordinary ni kalau dekat Malaysia ya? Banyak je igshop, and online seller yang jual The Ordinary ni. I beli dua serum tu (Niacinamide & Alpha Arbutin) dekat Shopee. Tapi kena beware tau sebab certain shop jual yang tak original 😟. I biasanya beli dekat danadnan or you can search their shop as biasa.my dekat Shopee (Or Just Click Here) ! So far, I dah beli 4 kali dekat dia and all the items are authentic !


Niacinamide 10%+Zinc 1%. Price around RM38 for 30ml and boleh tahan sehingga 2 bulan

Kebaikan The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
  • Mengawal penghasilan sebum (minyak pada muka)
  • Baik dalam mengurangkan keradangan (kemerahan akibat jerawat)
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Bantu memudarkan parut
  • Bantu menyamaratakan tona kulit
  • Bantu mengatasi hiperpigmentasi

Alpha Arbutin 2% + HA. Price around RM47


Kebaikan The Ordinary Alpha Arbutin 10%
  • Bertindak sebagai agen pencerah
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memudarkan jeragat (freckles)


These two items bukan I pakai sorang-sorang tau. My mom pun pakai. For my mom, dia ada masalah freckles (jeragat) yang teruk. Dia pakai tu dalam 2 weeks plus macam tu je dah obviously nampak kesan kulit dia makin cerah, and that freckles dah tak obvious sangat and kulit my mom dah tak kusam and nampak lagi tegang (i guess) ?. My mom pakai that serum together dengan Organic Aid punya Vitamin E Moisturizer. Andddddd.... for me pulak...masa mula-mula pakai, rasa macam my skin lebih halus, pore macam makin kecil. TAPI LEPAS TU, DALAM MASA YANG SAMA NIACINAMIDE TU BUAT MUKA I OILY SIKIT AND TUMBUH JERAWAT. So, I stop pakai sebab ingatkan tak sesuai. Tapi........ later on I try pakai semula sebab I tak puas hati. And guess what ? I pakai.... then tiba-tiba macam SESUAI lah pulak. No breakout, no too much oil production on my skin, and I perasan muka I macam dah boleh terima both serum tu terutama Niacinamide. For the Alpha Arbutin, it claimed for pudarkan parut kan ? Yes it does. Tapi, kena apply dalam tempoh masa yang lama baru nampak kesan. In case ada orang yang nampak kesan cepat gila tu I tatau la tapi for me Alpha Arbutin tu results dia quite slow. Tapi, acceptable lah. Hehehee. Now, I rasa muka I macam dah jarang jerawat tu nak muncul, just struggle dengan parut-parut lama dia je  yang susah gila nak hilang 😞😞 


Tapi............. as we know tak semua skincare product tu sesuai dengan kulit semua orang kan. Both of these serum can be holy grail item for certain people, and also nightmare for certain people especially for the usage of Niacinamide. WHY? For the niacinamide, ia ada campuran Zinc. Based on my reading, certain orang pores dia clog teruk lepas pakai Niacinamide ni and buat muka dia makin teruk breakout. Jadi, before pakai sebab serum ni ramai orang suggest ke apa, kita kena fikirkan juga possibility untuk serum tu tak sesuai on our skin tau. Jadi, my advice.... in case for anyone yang baru-baru nak mencuba Niacinamide by The Ordinary ni, better korang try beli yang trial size dulu yang anyone jual dekat Shopee ke mana-mana ke. Just my suggestion hehehehee. Thank you for reading 😁 

Saturday, 27 July 2019

Bacelor Sains Mikrobiologi Dengan Kepujian UPM (Bachelor of Science in Microbiology with Honours)

Hi semua. Pernah dengar tak pasal course microbiology ? Tahu ke tak Microbiology ni apa dan kat mana boleh further studies dalam course ni ? Microbiology ni antara course yang agak famous dekat Malaysia and boleh dikatakan course ni available dekat banyak Universiti Awam (UA) di Malaysia, contohnya dekat UPM, USM, UM, UKM dan baru-baru ni dengar cerita Bachelor in Microbiology ni juga dah ditawarkan di UiTM tau. Tapi, harini I akan share tentang ijazah dalam bidang mikrobiologi di UPM (Universiti Putra Malaysia). 


First thing first, mikrobiologi ni belajar tentang apa ? Mikrobiologi ni secara amnya ialah pembelajaran tentang microscopic organisms. Organisms-organisms yang kecik2 macam bacteria, fungi dan virus.

Di UPM, program Mikrobiologi bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda ni dikenali sebagai Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian (Bachelor of Science in Microbiology with Honours). Program ni diletakkan di bawah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) UPM.  Fakulti ni sangat selesa so far, dan environmentnya pun best. Di bawah fakulti ni jugak ada ditawarkan program Bacelor (Ijazah Sarjana Muda) in Bioteknologi, Biomolekul, dan Biokimia (Biochemistry). Fakulti ni terletak agak dekat lah juga dengan library, and berdekatan dengan Fakulti Food Tech.

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM (FBSB)


Tempoh pengajian bagi program Bacelor Sains Mikrobiologi ni 4 tahun di UPM, kalau dia UA lain tidak pasti, mungkin ada yang 3 tahun sahaja. Tapi adik-adik janganlah risau, 4 tahun tu berbaloi sebab banyak sangat benda yang kita boleh belajar dari course ni. Jumlah credit yang diperlukan untuk bergraduasi dalam program ini ialah 126 credits. Tak banyak sangat kan ? Dan dalam satu semester tu credit adik-adik tak akan lebih daripada 20 credits per semester. Program ni boleh dipohon melalui permohonan UPU dan dibuka untuk lepasan Diploma (berkaitan), STPM, dan tentunya lepasan Matrikulasi atau Asasi. (Syarat Kemasukan Boleh Click Sini)

Bagi lepasan Diploma, pengecualian credit boleh dilakukan dengan procedur-procedur tertentu. Kalau adik-adik dari Diploma Mikrobiologi UiTM lagi banyak pengecualian credit yang boleh dapat tau. Jadi, jangan rasa rugi belajar diploma lama lama. Ilmu yang ada tu bernilai sangat sangat 😇. Tapi pengecualian credit ni bergantung juga pada grade subject yang adik-adik nak mohon pengecualian, dan bergantung juga pada kelulusan dan budi bicara Ketua Jabatan dan sebagainya.

By the way, kalau dah diterima masuk dan dapat tawaran ke program ni, kebiasaannya adik-adik akan ditempatkan di Kolej Serumpun UPM. Kolej ni okay je tau, ada bus banyak untuk pergi kelas, Cafe pun not bad. Nak tahu lebih banyak pasal Kolej Serumpun UPM ? Next entry lah yaaa. Hahahaha. 


Untuk nak tahu tentang pinjaman pendidikan boleh ubah (PIDN) JPA boleh click hereeeeee Program Ijazah Dalam Negara JPA

Mario Badescu for Acne: HONEST REVIEW MALAYSIA


Hi semua. Harini nak share pasal product Mario Badescu, for acne. For me, this is one of my HOLY GRAILLLLLL products and one of the solution for my acne (bad acne) problem. First time TERtahu pasal product ni masa tengok Naddy Sushi punya acne treatment journey dekat Youtube (Click Here If Nak Tengok). Lepas tengok tu I terus macam google everything, review pasal this product. And now after dah personally guna and tengok sendiri hasilnya, I nak share dengan korang pulak my review (HONEST REVIEW) about this product. Sebelum tu just nak share yang my skin type combination and oily terlebih kadang-kadang. I ada acne-prone skin. Jerawat I memang teruk sangat. Dia macam CYSTIC ACNE sis. Besar-besar, merah, and menyakitkan and memang menggelikan yuckkkss. Belum sempat hilang, dah tumbuh yang lain pula. Serious memang stress gila that time.

First of all, Mario Badescu punya product ni boleh dapatkan dekat Sephora.  I beli dekat Sephora punya online store and dah nak masuk set yang ketiga (starter/trial set) dah. Memang I dah habis trial phase untuk product ni, tapi I still beli trial set sebab sebab kalau nak beli loose item macam mahal sangat je😟. Selain tu, I ada juga beli Grab and Go set yang ada 2 hot items, tapi that one beli masa first time je, and dah tak repeat dah sebab......okay nanti cerita. (update: Now product MARIO BADESCU ni dah available dekat Shopee. I beli dekat Wynora. Seller tu jual loose item, not in trial size macam ni tapi authentic and lagi murah daripada Sephora tau) 😆


MB ACNE STARTER REGIMEN KIT: RM 135 





This set memang agak berbaloi sebab ada 5 items which are cleanser, toner, moisturizer, drying mask and also drying cream (*bonus item). RM135 tapi dapat complete basic skincare punya product. Okay lah kan? Tapi this set itemnya kecik je tau. Especially drying cream (bonus item) tu memang kecik yang teramat kecik tapi okaylah bolehlah tahan lama juga kalau pakai dekat jerawat je.




MARIO BADESCU ACNE STARTER REGIMEN KIT 

1) MARIO BADESCU ACNE FACIAL CLEANSER (Volume: 59ml)
  • Facial cleanser ni gentle untuk skin I and dia tak ada bubble sangat, which is good jugak kan tak lah dia keringkan kulit or buat kulit rasa tegang je lepas guna. Lepas guna, skin rasa lembut and fresh. Ingredients dia ada Salicyclic acid, aloe vera and chamomile. Cleanser ni bagus sebab dia ada function in exfoliating (buang) cell-cell kulit kita yang dah mati. Tapi biasanya skincare yang ada AHA/BHA ni tak elok pakai setiap hari kan? Tapi untuk cleanser yang ni, I rasa macam I okay bila pakai everyday sebab dia gentle. Tapi, depends lah pada skin masing-masing juga. For this acne facial cleanser, I bagi 4.5/5 ⭐.

2) MARIO BADESCU SPECIAL CUCUMBER LOTION (Volume: 59ml)

  • Suka gila lotion (toner) ni! Rasa refreshing sangat bila pakai. My skin pun macam kurang berminyak. Fragrance dia pun macam tak kuat, light je. Yang penting it is gentle on my skin and rasa macam refreshing gila and macam minimize my pores. For this Special Cucumber Lotion, I bagi 4.5/5 ⭐.

  3) MARIO BADESCU OIL FREE MOISTURIZER (Volume: 29ml)

  • Moisturizer ni I rasa moisturizer terbaik lah setakat ni yang I pernah guna sebab sebelum ni guna apa-apa moisturizer pun mesti skin akan rasa oily and memang takkan lari lah daripada jerawat tu nak muncul kan. Even guna yang waterbased punya moisturizer pun still rasa macam kulit cepat berminyak and tak selesa. Tapi for this moisturizer, rasa light je dekat muka and tak oily (nama pun oil free moisturizer kan 😂). So, alang-alang tak oily tu I rasa tu salah satu factor yang kurangkan jerawat daripada muncul, muncul and muncul continously. For this Oil Free Moisturizer, I bagi 4.9/5 ⭐.

   4) MARIO BADESCU DRYING MASK (Net Wg: 14g)

  • Drying Mask ni packaging dia dalam container bulat tu. This mask biasanya I pakai seminggu sekali, tapi sekarang since kulit I dah okay I memang tak pakai langsung dah sebab malas 😈 . This mask is so good untuk oily skin sebab bila pakai tu memang rasa gila gila kering kontang muka 😂. Lepas guna memang rasa fresh, free from oil tapi mask ni bau dia agak kuat sikit. Macam bau sulphur sikit (memandai). Kena tahan sikit la masa pakai tu sebab bau dia memang tidak menyelerakan langsung. Tapi serious kalau yang oily skin tu memang rasa fresh sangat lepas pakai mask ni. Jerawat pun cepat mengecut. Tapi, I rasa kalau kulit kurang berminyak,  or kering macam tak sesuai sebab this mask memang mengeringkan kulit (tapi takdelah kering level yang kering teruk). For this Drying Mask, I bagi 4.0/5 ⭐.

   5) MARIO BADESCU DRYING CREAM (Net Wg: 14g)

  • Ini bonus item tau jadi memang tidak dapat nak complaint lah kenapa item yang ni kecik sangat (dah la kecik, isi dia separuh container kecik tu je). By the way, jangan confused dengan Mario Badescu Drying Lotion yang orang kata HOLY GRAIL tu tau. Drying crean ni memang bagus juga, letak dekat area yang ada jerawat je. TAPI......dia buat area around acne tu dry sangat. Sampai kering menggelupas and pedih dekat area acne tu. Kalau untuk tiny bumps, dia okay je tak over- drying around the skin. I dah la cystic acne, sakit, tambah pulak dengan over drying menggelupas memang bertambah sakit. Tapi, acne cepat surut and hilang pakai cream ni. So sakit tu hanyalah untuk sementara. Beauty is pain, kan ? 😆For this Drying Cream, I bagi 4.0/5 ⭐.

By the way, I ada beli juga set yang dekat bawah ni. Set yang ni ada Mario Badescu Drying Lotion yang famous sangat katanya tu : Click Here to Read ! AND ALSOOOO tips and product Mario Badescu untuk hilangkan jerawat dekat belakang badan sekali I ada review Click Here to Read





MB GRAB AND GO : RM120


Thats all from me, my honest review tentang Mario Badescu products for acne. Basically, this product memang helps a lot in clearing my acne and breakout skin and I memang berpuas hati lah dengan set yang I try ni. I ada baca banyak juga bad and good review tentang this product. Macam biasa, skin kita semua berbeza, jadi reactionnya pun mestilah berbeza kan. Apa-apa pun, tak salah kalau kita nak try sebab I breakout dah bertahun-tahun and dah cuba macam-macam product dari yang murah sampailah yang pricey. Alhamdulillah, finally I jumpa solution. Selain hydration is the key, dont give up pun is the key untuk fight our breakout skin tau. Thank you for reading 😘. 

*Drop your comment(s) for those yang dah try and nak share feedback! See ya ! 😙