Assalamualaikum, hi semua ni nak cerita sikit pasal Diploma In Microbiology UiTM (AS114) yang berada di bawah naungan Fakulti Sains Kesihatan (FSG). UiTM satu-satunya tau uni yang tawarkan diploma mikrobiologi ni. Course ni maybe bunyi macam rare bagi yang tak pernah dengar, tapi percayalah, microbiology ni sangat-sangat best and bidang dia sangat sangat luas.
Microbiology is a scientific studies of microorganisms |
Korang tahu tak microbiology tu apa benda? Hah meh sini nak cerita. Regarding tu definition kat atas tu, microbiology ni katanya scientific studies of microorganisms kan. MICRO tu pun dah melambangkan KECIL. Maksudnya kat situ, in this course korang akan belajar theoretically dalam class dan practically dalam lab tentang kehidupan kehidupan benda-benda kecik (microorganisms) macam bacteria, fungus, virus, and so on. Nampak best ke bosan ? Dengar maybe bosan. Tapi actually best gilaa dapat kenal and kawan dengan diaorang (microoganisms). Hahaha. Bila mula mula maybe la cam eh apa benda la yang aku belajar ni. Tapi lama-lama mesti korang secara tak langsungnya akan TERsayang microbe-microbe tu semua. Btw, kat dalam gambar tu nama dia Petri Dish tau bukan piring hehe. Tu la benda yang korang akan jumpa dalam kebanyakkan lab. Best ! Streaking plate tu is one of my fav part masa dekat lab dulu. Hehehe.π
Ni dia lab work yang paling common as microbiologist akan buat |
Tu baru mukadimah. Hahaha. Course ni 5 Semester je. Sebab takde practical (internship) π. Course ni setakat ni memang FSG UiTM Negeri Sembilan Kampus Parit Tinggi Kuala Pilah je yang tawarkan. Pilah tu best tau. Lecturer semua okay baik-baik, manis-manis je semuanya. Hehee. Kampus dia comel je kecik je. Tapi selesa, udara pagi pagi fresh gila sebab dia macam dalam hutan sikit. Tapi okay lah untuk study sebab kurang gangguan. Tenang je. (takde mall ke apa ke k ada Giant je) Kampus tu okay and best sebab lab ada banyak and selesa, equipment, instrument, apparatus semua ada. Kampus tu agak kecil sikit sebab ada satu fakulti je which is Fakulti Sains Gunaan (FSG) sahaja π. Diploma Mikrobiologi UiTM ni antara program yang syllabusnya memang mantap. Macam-macam yang kita dapat belajar, dari sudut microbiology tu sendiri, and also chemistry. Memang beruntung kalau terpilih untuk program ni, as most of the subject akan didatangkan sekali dengan lab, which akan bantu kita bentuk and asah lab skills sebagai seorang microbiologist yang baik.
Untuk kolej kediaman pula, fuh selesa. Dia ala ala apartment (kitaorang memang biasanya panggil rumah) gittuw. Satu rumah tu, ada tiga bilik, satu tandas (dalam tu ada satu bilik mandi, dua toilet). Untuk satu bilik, ada 2 orang students, so satu rumah akan ada 6 orang students. And setiap mini apartment tu ada ruang tamu kecil kat depan, bolehlah santai2 ke buat study group ke group assignment ke hehehe. Yang penting, alhamdulillah environment kolej tu selesa lah untuk study. Kolej dia better lah daripada kolej kediaman yang macam style lama, yang tandas kat luar lepas tu sebilik ada ramai tu kan. π
Hahhhh. Back to Diploma Mikrobiologi, korang yang nak ambil course ni mesti terfikir, kalau ambil course ni aku nak kerja apa ek, nak sambung degree nanti nak ambil course apa semua. Dik, seriously course ni jangan nak buat pandang rendah. Kalau score betul- betul, In Shaa Allah tinggi ada peluang tinggi nak further studies dalam bidang berikut :
- Medic (MBBS)
- Dentistry
- Health Science
- Applied Science
Ramai student dari Diploma Mikrobiologi ni dapat peluang further studies in that such kind of field. Kalau nak further studies in degree kat UiTM jugak, senang and possibility untuk dapat tinggi because all of the diploma students akan diberi peluang untuk apply degree UiTM under system penerapan Pelajar Semester Akhir Diploma Uitm ke Program Ijazah Sarjana Muda. Tapi result tu kena jaga jugak lah kan sebab persaingan ramai. And masa ambil diploma Mikrobiologi ni, gainlah knowledge sebanyak mungkin, dari sudut microbiology tu sendiri, dan jugak chemistry. Belajar betul2, and simpan ilmu tu jangan belajar untuk exam je tau sebab masa degree nanti, kalau sambung dalam bidang yang berkaitan, memang banyak juga ilmu yang belajar masa diploma ni yang akan sedikit sebanyak membantu kita. Selain dengan niat nak terus sambung kepada peringkat ijazah, diploma ni salah satu program diploma yang diiktiraf di Malaysia, jadi ia juga boleh digunakan untuk permohonan kerja macam contoh jawatan Penolong Pegawai Sains di bawah SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), dan macam-macam lagi.π
Okay tu jela serba sedikit penerangan pasal Diploma In Microbiology ni. One of the most incredible diploma yang ada kat UiTM. Sebelum terlupa, UiTM kan ada 2 kali sesi intake kan ? First session yang intake fresh SPM student, satu lagi second session punya intake yang kemasukkan bulan December. Untuk intake first session tu, mostly memang semua course untuk Diploma dibuka untuk permohonan melalui UPU. Tapi, untuk second session tu, intake tersebut permohonannya direct melalui UiTM terus, and tak banyak course yang available untuk permohonan intake second session tu BUT DIPLOMA IN MICROBIOLOGY IS AVAILABLE OKAY dont worry hehehehee. Biasanya yang ambil Diploma Mikrobiologi ni bukan calang-calang orang juga ya. Dan ada juga yang straight A's SPM.
Haaa sebelum ada yang salah faham, SECOND SESSION punya intake BUKANLAH second intake ya. (Bukan intake jika ada kekosongan dpd first intake, tapi ini intake yang betul2 intakeπ). Biasanya, yang session kedua punya intake ni kita akan jumpa student yang dari lepasan spm yang mungkin tak dapat tawaran Diploma yg mereka nak semasa permohonan UPU yang lepas jadi mereka mohon semula, dan juga student dari asasi and matriks yang belum tamatkan pengajian mereka tapi mereka quit and decide untuk sambung diploma. Sayalah salah seorang daripada mereka itu ya heheheheh (I quit asasi sebab tak suka physicsπ). And ada juga yang dah habiskan pengajian asasi dan matriks mereka, tapi mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka ambil semula diploma.
*By the way, saja saja nak pesan untuk adik-adik, kadang-kadang hidup kita ni tak sama dengan apa yang kita rancang, and Allah tu lah sebaik-baik perancang. Jadi, jika ada antara kita yang terpaksa quit study dekat asasi ke matrikulasi ke and masuk belajar Diploma and so on, don't give up and jangan sesekali rasa rugi okay. Ramai je kawan-kawan I yang sambung studies in degree yang gempak-gempak hasil daripada Diploma in Microbiology ni. Ada yang sambung dentistry, medic, microbiology juga, and macam-macam lagi. And most of my friends tu ialah bekas student asasi and matrikulasi, yang decide untuk quit studies dekat asasi/matriks and masuk diploma, and ada juga yang dah totally habis studies dekat sana but then ambil diploma semula. Apa-apa pun alhamdulillah, belajar lama sikit pun still berbaloi sangat rasanya (2 tahun setengah je takdelah lama mana). π
*By the way, saja saja nak pesan untuk adik-adik, kadang-kadang hidup kita ni tak sama dengan apa yang kita rancang, and Allah tu lah sebaik-baik perancang. Jadi, jika ada antara kita yang terpaksa quit study dekat asasi ke matrikulasi ke and masuk belajar Diploma and so on, don't give up and jangan sesekali rasa rugi okay. Ramai je kawan-kawan I yang sambung studies in degree yang gempak-gempak hasil daripada Diploma in Microbiology ni. Ada yang sambung dentistry, medic, microbiology juga, and macam-macam lagi. And most of my friends tu ialah bekas student asasi and matrikulasi, yang decide untuk quit studies dekat asasi/matriks and masuk diploma, and ada juga yang dah totally habis studies dekat sana but then ambil diploma semula. Apa-apa pun alhamdulillah, belajar lama sikit pun still berbaloi sangat rasanya (2 tahun setengah je takdelah lama mana). π
Okay tu je. Kalau nak tanya apa-apa just drop your comment below hokayyyyy π. Untuk syarat kemasukkan terkini program Diploma Mikrobiologi ni, boleh refer this link ya (Syarat Khas Program) dan cari je nama program Diploma Mikrobiologi atau AS114. π
Btw kalau nak tahu tentang degree in Microbiology which is at Universiti Putra Malaysia (UPM), boleh click sini (Bachelor in Microbiology at UPM) AND here untuk info tentang Biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Biasiswa/Pinjaman Pendidikan JPA) Thank you for reading yaaaaa. Drop je dekat comment kalau ada apa-apa soalan, okay ? :)