Pages

Friday, 11 June 2021

Cara Hilangkan Jerawat Badan (Backne) Paling Berkesan dan Viral :Mario Badescu A.H.A Botanical Body Soap Review Malaysia & Mario Badescu Special Cleansing Lotion "O"

Hi everyone! So today I nak share pasal cara-cara and tips nak hilangkan jerawat dekat badan especially dekat bahagian belakang. Mesti ramai kan yang ada masalah ni and tak tahu nak hilangkan macam mana ? Let me share my own experience and journey, and product yang I guna okay.

So, firstly kita kena tahu yang jerawat badan atau also known as backne ni berpunca dari banyak sebab macam contoh selalu berpeluh, lepas tu jarang mandi especially bila dah berpeluh. And kesan-kesan daripada shampoo pun if ada residue or sisa-sisa yang tertinggal dekat badan kita pun akan trigger our pores untuk clog and jadilah jerawat. So, selain guna products untuk cure our backne ni, kita kena amalkan juga few tips ni.

Tips untuk elak/hilangkan jerawat di badan (backne):

1) Bila mandi, shampoo rambut and guna conditioner dulu before proceed dengan sabun badan. Lepas settle semua step yang perlu dekat bahagian kepala, baru kita sabun badan. Method ni untuk elakkan ada sisa-sisa shampoo or conditioner tu melekat dekat bahagian belakang badan kita which akan trigger jerawat.

2) Kerap mandi, at least wajib 2 kali sehari. Even duduk rumah je, please please please mandi at least 2 kali sehari and kalau berpeluh, please terus pergi mandi. Jangan biar lama-lama nanti bacteria dengan peluh tu lagilah membiak.

3) Guna product untuk acne (bodywash) and pakai toner after mandi. Yes, biasanya kita guna toner dekat muka je kan ? But nowww kita kena guna dekat badan juga especially bahagian yang berjerawat lah, yang takda tu its okay tak perlu. Jenuh la nak letak toner if satu badan kan πŸ˜…


So, now I nak share product yang bagi I memang berbaloi beli sebab betul2 berkesan. Product ni tak ramai yang tahu and maybe ramai juga yang dah tahu tapi tak pernah try which from Mario Badescu, my ultimate favourite brand. So, lepas baca review ni korang kena try laa okay ? Sebab worth it sangat sangat and semuanya boleh beli dekat Shopee jeee. Biasanya I beli apa-apa product Mario Badescu daripada Sephora, tapi haritu I terjumpa satu kedai yang jual banyak product Mario Badescu ready stock Malaysia dekat Shopee 😍. So, I banyak beli product Mario Badescu ni daripada seller tu je. Nama kedai dia Wynora, one of top seller lah jugak dekat Shopee. Harga pun okay, and delivery so far tip top memang cepat sangat. Wynora ni jual barang authentic tau tapi harga mostly jauh lagi murah Sephora. Contoh ada barang tu I beli kat Sephora RM 80+ tapi Wynora at Shopee boleh jual RM50+ je. Berbaloi sangat. So nanti I attach sekali link untuk korang refer if nak beli okay πŸ’“.


Product-productnya ialah:

 
1) 
Mario Badescu A.H.A Botanical Body Soap


 Mario Badescu A.H.A Botanical Body Soap

So, ni sabun untuk kita guna masa mandi. Mario Badescu A.HA. Botanical Body Soap ni memang favourite I sangat sangat sebab lepas mandi pakai ni, badan rasa bersih je. The best part, dia ada AHA (alpha hydroxy acid) which is the chemical exfoliators yang boleh bantu exfoliate our dead skin, and helps in pudarkan parut juga. Harga pun okay, sebab volume dia banyak. Satu botol if beli yang besar, boleh tahan up to 3 months tau sebab pakai sikit pun buih dah banyak dah. Biasanya I lepas shampoo conditioner, I akan mandi pakai sabun biasa dulu. Lepas tu baru guna sabun yang ini. So, ni details dia and link kedai yang I beli dekat Shopee!

🌹 Effectiveness : Lepas around seminggu boleh nampak perbezaannya

🌹 Scent: Sangat fresh (botanical scent bau macam flowery yang light-light)

🌹 Ingridients: Aqua (Water, Eau), Sodium Laureth Sulfate, Glycerin, Propylene Glycol, Sodium Chloride, Citrus Grandis (Grapefruit) Fruit Extract, Tilia Cordata Flower Extract, Panax Ginseng Root Extract, Panthenyl Hydroxypropyl Steardimonium Chloride, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Parfum (Fragrance), Benzyl Alcohol, Citronellol, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool, CI 19140 (Yellow 5), CI 15985 (Yellow 6), CI 16035 (Red 40). (Dia ada fragrance ya sila take note if sensitive)

🌹 Price: RM 55.00 (236 mL) & RM 89.00 (472 mL) 

 
🌹 Link to buy : Click here to buy at Shopee



2) Mario Badescu Special Cleansing Lotion "O"


 Mario Badescu Special Cleansing Lotion "O"

Lepas mandi, kita apply pulak special cucumber lotion ni dekat badan, especially tempat yang banyak jerawat tu. Mula-mula, kita kena shake dulu botol tu then just tuang dekat cotton pad, and sapukan je dekat badan macam guna toner biasa, JANGAN GUNA DEKAT MUKA TAU, if nak dekat muka boleh refer Mario Badescu yang ni yang teramat amat HOLY GRAILLLL berkesan, just click the link in the bracket untuk review (Mario Badescu for Face with Acne). This lotion ada niacinamide juga, so boleh bantu untuk pudarkan parut-parut jerawat tu sekali. Bila pakai, the best part is sometimes boleh nampak kotor-kotor dekat cotton pad tu even baru je lepas mandi and sental badan πŸ˜†. Seee, sebab tu penting apply toner, untuk buang segala sel-sel kulit mati and kekotoran yang tak fully exfoliate masa mandi tadi tu. Tu yang nanti pores tersumbat, and kita dapat backne. So, for this product, ni details dia~

🌹 Effectiveness : Sangat berkesan if guna sekali dengan Botanical Body Soap tu, dia macam perfect combination.

🌹 Scent: This product ada camphor tau, so dia akan rasa berangin sikit and bau dia tak wangi pun since takda fragrance dalam ingridients dia.

🌹 Ingridients: Aqua (Water, Eau), Isopropyl Alcohol, Camphor, Hydrolyzed Yeast Protein, Glycerin, Niacinamide, Panthenol, Allantoin, Biotin, Styrax Benzoin Gum, Pyridoxine HCl, Talc, Sodium Chloride, Propylene Glycol, Alcohol, CI 19140 (Yellow 5), CI 15985 (Yellow 6).

🌹 Price: RM 57.80 (236 mL)

 
🌹 Link to buy : Click here to buy at Shopee

 


That's all guys. Sila grab cepat ya if berminat, link pun dah bagi tu. Tapi in case dah sold out, korang boleh je cari dekat Sephora or website lain. Hopefully this review boleh tolong korang selesaikan masalah backne. Thank you. See you later in the next sharing! πŸ’“

 

 

 

Saturday, 15 August 2020

Drying Lotion Terbaik untuk Jerawat: Drying Lotion for Acne Review

Salam and hi semua. Today nak share pasal Drying lotion. Drying lotion ni memang familiar di kalangan pengguna2 yang acne-prone skin, nak nak pula yang ada cyst acne yang besar dan merah macam I selalu alami. Dah la sakit, besar pulak tu. Bila pakai drying lotion ni, sedikit sebanyak bantulah kecutkan jerawat tu, and of course buat our acne jadi sedikit kering. So pasal drying lotion ni, ada 2 brand je yang I pernah try and I akan comparekan both ni untuk korang okay which are from Mario Badescu dengan Naruko. 

Both akan bagi macam sensation effect (berangin) bila pakai and tak akan rasa pedih pun. Tapi tak boleh nak pakai waktu nak keluar rumah sebab bila pakai ni tempat yang kita apply tu akan putih2 macam berhabuk gitu sebab dalam setiap drying lotion pun kita akan nampak sediment (mendapan) kat belah bawah botol kan, itulah yang putih2 kat muka bila pakai tu. Cara pakai, simple je, just ambil cotton bud and letak product yang dah shake and mix with the sediment dekat atas jerawat degil itu ya.

 

Mario Badescu Drying Lotion
Mario Badescu Drying Lotion

πŸ›’Available di Sephora
πŸ’° Quite Pricey : Around RM95+
🧴  Volume : 29 ml
πŸ‘©Thick powdery (nampak putih2) bila apply dekat muka
πŸ‘€ Sensation : Low
🌺 Effect: biasa2 sahaja, tak terlalu WOW pun

NARUKO Blemish Clear Lotion Precious

 
πŸ›’Available di Watsons / Hermo
πŸ’° Affordable price : Around RM49+
🧴  Volume : 30 ml
πŸ‘©Not too thick powdery (nampak putih2 tak tebal sangat) bila apply dekat muka
πŸ‘€ Sensation : Medium
🌺 Effect: Better effect than Mario Badescu punya Drying Lotion (jerawat lagi cepat kering)


So, yang mana nak try guna drying lotion tu, boleh try dua dua ni cuma from my point of view, lagi berbaloi untuk cuba Naruko je daripada Mario Badescu. Tapi depends pada kulit masing masing juga ya. For me, I lagi selesa dengan Drying Lotion Naruko. 😊

Wednesday, 15 April 2020

The Ordinary: Vitamin C Malaysia Review

Vitamin C atau juga dikenali sebagai Ascorbic Acid ni antara active ingridients penting and one of the famous item dalam skincare kan? Bagus ke Vitamin C ni? Of course bagus! Vitamin C ni dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan collagen dekat kulit kita tau dan dia ada properties antioxidants. Biasanya kalau siapa siapa yang rajin guna Vitamin C as one of their skincare routine, boleh nampak yang skin mereka nampak glowing je. Hehehe. For this entry kita nak share tentang Vitamin C from The Ordinary. 


Siapa je tak kenal The Ordinary kan? Yang most famous items diaorang Niacinamide dengan Alpha Arbutin tu. I pernah write an entry tentang tu juga boleh click sini okay kalau nak baca. The Ordinary ni ada banyak sangat keluarkan product Vitamin C. Sampai kadang-kadang kita pun pening nak pilih. Apa-apa pun, first, kita kena tahu yang ada dua jenis Vitamin C iaitu PURE VITAMIN C and DERIVATIVES VITAMIN C. Untuk beginners, which yang tak pernah cuba guna any product of Vitamin C, better start dengan Vitamin C derivatives dulu tau untuk elakkan any iritation berlaku. Untuk pure Vitamin C pula, lebih sesuai untuk orang yang dah ada advanced skincare routine.


Before that, ini I ada listkan beberapa manfaat Vitamin C untuk kulit kita:
    • Meningkat penghasilan kolagen
    • Menegangkan kulit
    • Memudarkan parut dan bintik-bintik gelap
    • Memberi effect "glowing"
    • Mencerahkan kulit 
    • Menyekatakan tona kulit
    • Mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit 

Here, I listkan product Vitamin C The Ordinary based on group dia samaada PURE VITAMIN C atau DERIVATIVES VITAMIN C


THE ORDINARY PURE VITAMIN C


The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% 


The Ordinary Vitamin C Suspension 30% in Silicone 


The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder



The Ordinary Ascorbic Acid 8% + Alpha Arbutin 2%




THE ORDINARY DERIVATIVES VITAMIN C

The Ordinary Ascorbyl Glucoside Solution 12%


The Ordinary Magnesium Ascorbyl Phosphate 10%

The Ordinary Ascorbyl Tetraisopalmitate Solution 20% in Vitamin F

The Ordinary Ethylated Acid 15% Solution


So, itulah jenis-jenis Vitamin C by The Ordinary. From all of the above, ada 3 je yang I pernah guna which are The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%,  The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder and The Ordinary Ascorbyl Glucoside Solution 12%. In short, idk silapnya dekat mana, my face breakout teruk after guna Vitamin C yang mula mulanya sesuai dengan kulit I. Nanti I cerita okay. πŸ’”


Tuesday, 14 April 2020

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA - Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah/Biasiswa JPA

Assalamualaikum and hi semua! So today nak share tentang pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi peringkat Ijazah, program pinjaman ni dikenali sebagai PIDN atau nama panjangnya Program Ijazah Dalam Negara, iaitu khusus untuk student yang belajar di semua Universiti Awam  (UA) di Malaysia untuk pengajian peringkat Ijazah. Tapi ada juga course yang tak ditawarkan pinjaman ni seperti contohnya program Ijazah Pendidikan. Kenapa PIDN ni dikira sebagai pinjaman dan boleh ubah ya? Dulu-dulu, untuk peringkat Ijazah ni, JPA tawarkan biasiswa penuh. Tapi sejak tahun bila tak ingat, ia ditukarkan kepada pinjaman boleh ubah. Pinjaman boleh ubah tu apa? Boleh ubah tu bermaksud jumlah bayaran balik yang kita perlu bayar adalah bergantung pada syarat-syarat yang kita kena penuhi, bergantung kepada pekerjaan kita. Btw, PIDN ni boleh dikatakan lebih tinggi peluang untuk dapat (bergantung pada pointer), berbanding pinjaman pendidikan dari Bank Rakyat (PPBU Bank Rakyat) yang agak familiar di kalangan student yang nak cari pinjaman. 


Jumlah Bayaran Balik PIDN JPA:

    • 0%     - Pinjaman ditukarkan kepada biasiswa penuh jika berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.
    • 25%   - Jika berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selepas tamat pengajian.
    • 50%   - Jika berkhidmat dalam sektor swasta dalam negara selepas tamat pengajian.
    • 100% - Jika berkhidmat dengan syarikat swasta di luar negara, atau selain dalam Perkhidmatan Awam/ GLC / Syarikat swasta yang berada dalam negara setelah tamat pengajian.

Syarat pemohon yang layak pula ialah:

Permohonan Selain Pelajar Bidang Perubatan

Syarat Umum
      1. Warganegara Malaysia
      2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
      3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
      4. Mempunyai kesihatan yang baik dan
      5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30;

atau

- Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan.


DAN Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.


 Permohonan Pelajar Bidang Perubatan dan Pergigian

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama

dan

(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.


Macam mana nak apply ya? Senang je, first, kena sentiasa alert dengan iklan permohonan pinjaman ni. Biasanya, permohonan akan dibuka lebih kurang pada bulan April. Boleh sentiasa check and tengok update dekat website yang share tentang biasiswa, or boleh check dekat website JPA sendiri , boleh click here ya (LAMAN WEB RASMI JPA). Untuk borang permohonan pula, semestinya secara online and kena apply melalui website tersebut juga. Bila dah siap isi borang tu, akan dapat slip pengesahan permohonan as below. :)



Slip Pengesahan Permohonan PIDN


Next, bila dah mohon tugas seterusnya ialah kena alert dengan tarikh keputusan PIDN dikeluarkan. Macam I dulu, lama juga tunggu result PIDN ni. Apply bulan April, hujung bulan Ogos baru dapat resultnya. Tapi alhamdulillah, tak sia-sia menunggu lama hehehehe. Error masa check result ? Ada ke benda macam ni berlaku? Hahaha mestilah ada. Masa hari result diumumkan tu, ada masalah teknikal sikit. First tu check check, keputusannya dukacita. Sedih sangat sangat masa tu. Tapi bila search dekat twitter tentang results ni, tengok tengok rupanya masa tu ada masalah teknikal and memang ramai yang dapat result dukacita. Hahahaha. Time tu barulah rasa lega sikit and rasa macam ada harapan lagi ni. Then, tak lama lepas tu check semula, and alhamdulillah dapat PIDN ni 😁



Okay next, lepas dapat keputusan yang anda berjaya, akan dapat slip macam dekat bawah and kalau tak berjaya, akan ada satu button untuk rayuan. Masa rayuan tu, kena isi satu form yang macam kena buat short esei tentang kenapa kita nakkan pinjaman tu (dulu kena buat macam ni, latest tak sure macam mana). In case ada yang tak berjaya dengan permohonan ni, jangan patah semangat. Try buat rayuan dulu okay and try juga apply biasiswa atau pinjaman pendidikan yang lain. PIDN ni pun pinjaman kedua yang I apply, lepas TAK BERJAYA dengan permohonan PPBU Bank Rakyat. Btw, selain PPBU Bank Rakyat, boleh juga try Pinjaman Pendidikan MARA, atau Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri yang prosedur permohonan and syarat2nya bergantung pada negeri tempat asal kita masing-masing. 



Semakan Keputusan PIDN



Lepas berjaya kena buat apa? Haaaa mestilah kena lengkapkan dokumen perjanjian PIDN JPA ni. Part dokumen perjanjian ni, ikut je semua arahan yang diberikan. Jangan pandai-pandai nak buat arahan sendiri okay ? Hehehee. Mana nak hantar segala agreement PIDN JPA ni ? Tak apa jangan risau, nanti JPA akan datang setiap kampus untuk collect agreement tu. Bila pihak JPA nak collect? Sabar. Memang akan ambil masa yang lama sikit. Mungkin sebulan dua lepas tarikh keputusan keluar, baru pihak JPA akan datang untuk semak, sahkan and collect agreement kita. Yang penting, agreement tu kena isi betul2 tau untuk elakkan masalah timbul waktu nak hantar tu. Ada soalan pasal agreement PIDN JPA ni, boleh drop dekat comment okay? 


Ada apa-apa yang mengelirukan atau nak tahu lebih lanjut? Boleh drop soalan dekat comment juga. Thank you for reading! :)

Wednesday, 31 July 2019

The Ordinary Review Malaysia: Jerawat dan Jeragat: Niacinamide & Alpha Arbutin

Hi korang. Baru-baru ni I ada share my BREAKOUT SOLUTION which is Mario Badescu punya product. Korang boleh baca sini for my honest review pasal Mario Badescu (Breakout Solution by Mario Badescu). So, today I nak share pula tentang The Ordinary punya product range yang HOLY GRAIL PRODUCT for certain people....and also nightmare product for certain people which are Niacinamide and Alpha Arbutin serum


Mana nak beli The Ordinary ni kalau dekat Malaysia ya? Banyak je igshop, and online seller yang jual The Ordinary ni. I beli dua serum tu (Niacinamide & Alpha Arbutin) dekat Shopee. Tapi kena beware tau sebab certain shop jual yang tak original 😟. I biasanya beli dekat danadnan or you can search their shop as biasa.my dekat Shopee (Or Just Click Here) ! So far, I dah beli 4 kali dekat dia and all the items are authentic !


Niacinamide 10%+Zinc 1%. Price around RM38 for 30ml and boleh tahan sehingga 2 bulan

Kebaikan The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
  • Mengawal penghasilan sebum (minyak pada muka)
  • Baik dalam mengurangkan keradangan (kemerahan akibat jerawat)
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Bantu memudarkan parut
  • Bantu menyamaratakan tona kulit
  • Bantu mengatasi hiperpigmentasi

Alpha Arbutin 2% + HA. Price around RM47


Kebaikan The Ordinary Alpha Arbutin 10%
  • Bertindak sebagai agen pencerah
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memudarkan jeragat (freckles)


These two items bukan I pakai sorang-sorang tau. My mom pun pakai. For my mom, dia ada masalah freckles (jeragat) yang teruk. Dia pakai tu dalam 2 weeks plus macam tu je dah obviously nampak kesan kulit dia makin cerah, and that freckles dah tak obvious sangat and kulit my mom dah tak kusam and nampak lagi tegang (i guess) ?. My mom pakai that serum together dengan Organic Aid punya Vitamin E Moisturizer. Andddddd.... for me pulak...masa mula-mula pakai, rasa macam my skin lebih halus, pore macam makin kecil. TAPI LEPAS TU, DALAM MASA YANG SAMA NIACINAMIDE TU BUAT MUKA I OILY SIKIT AND TUMBUH JERAWAT. So, I stop pakai sebab ingatkan tak sesuai. Tapi........ later on I try pakai semula sebab I tak puas hati. And guess what ? I pakai.... then tiba-tiba macam SESUAI lah pulak. No breakout, no too much oil production on my skin, and I perasan muka I macam dah boleh terima both serum tu terutama Niacinamide. For the Alpha Arbutin, it claimed for pudarkan parut kan ? Yes it does. Tapi, kena apply dalam tempoh masa yang lama baru nampak kesan. In case ada orang yang nampak kesan cepat gila tu I tatau la tapi for me Alpha Arbutin tu results dia quite slow. Tapi, acceptable lah. Hehehee. Now, I rasa muka I macam dah jarang jerawat tu nak muncul, just struggle dengan parut-parut lama dia je  yang susah gila nak hilang 😞😞 


Tapi............. as we know tak semua skincare product tu sesuai dengan kulit semua orang kan. Both of these serum can be holy grail item for certain people, and also nightmare for certain people especially for the usage of Niacinamide. WHY? For the niacinamide, ia ada campuran Zinc. Based on my reading, certain orang pores dia clog teruk lepas pakai Niacinamide ni and buat muka dia makin teruk breakout. Jadi, before pakai sebab serum ni ramai orang suggest ke apa, kita kena fikirkan juga possibility untuk serum tu tak sesuai on our skin tau. Jadi, my advice.... in case for anyone yang baru-baru nak mencuba Niacinamide by The Ordinary ni, better korang try beli yang trial size dulu yang anyone jual dekat Shopee ke mana-mana ke. Just my suggestion hehehehee. Thank you for reading 😁 

Saturday, 27 July 2019

Bacelor Sains Mikrobiologi Dengan Kepujian UPM (Bachelor of Science in Microbiology with Honours)

Hi semua. Pernah dengar tak pasal course microbiology ? Tahu ke tak Microbiology ni apa dan kat mana boleh further studies dalam course ni ? Microbiology ni antara course yang agak famous dekat Malaysia and boleh dikatakan course ni available dekat banyak Universiti Awam (UA) di Malaysia, contohnya dekat UPM, USM, UM, UKM dan baru-baru ni dengar cerita Bachelor in Microbiology ni juga dah ditawarkan di UiTM tau. Tapi, harini I akan share tentang ijazah dalam bidang mikrobiologi di UPM (Universiti Putra Malaysia). 


First thing first, mikrobiologi ni belajar tentang apa ? Mikrobiologi ni secara amnya ialah pembelajaran tentang microscopic organisms. Organisms-organisms yang kecik2 macam bacteria, fungi dan virus.

Di UPM, program Mikrobiologi bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda ni dikenali sebagai Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian (Bachelor of Science in Microbiology with Honours). Program ni diletakkan di bawah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) UPM.  Fakulti ni sangat selesa so far, dan environmentnya pun best. Di bawah fakulti ni jugak ada ditawarkan program Bacelor (Ijazah Sarjana Muda) in Bioteknologi, Biomolekul, dan Biokimia (Biochemistry). Fakulti ni terletak agak dekat lah juga dengan library, and berdekatan dengan Fakulti Food Tech.

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM (FBSB)


Tempoh pengajian bagi program Bacelor Sains Mikrobiologi ni 4 tahun di UPM, kalau dia UA lain tidak pasti, mungkin ada yang 3 tahun sahaja. Tapi adik-adik janganlah risau, 4 tahun tu berbaloi sebab banyak sangat benda yang kita boleh belajar dari course ni. Jumlah credit yang diperlukan untuk bergraduasi dalam program ini ialah 126 credits. Tak banyak sangat kan ? Dan dalam satu semester tu credit adik-adik tak akan lebih daripada 20 credits per semester. Program ni boleh dipohon melalui permohonan UPU dan dibuka untuk lepasan Diploma (berkaitan), STPM, dan tentunya lepasan Matrikulasi atau Asasi. (Syarat Kemasukan Boleh Click Sini)

Bagi lepasan Diploma, pengecualian credit boleh dilakukan dengan procedur-procedur tertentu. Kalau adik-adik dari Diploma Mikrobiologi UiTM lagi banyak pengecualian credit yang boleh dapat tau. Jadi, jangan rasa rugi belajar diploma lama lama. Ilmu yang ada tu bernilai sangat sangat πŸ˜‡. Tapi pengecualian credit ni bergantung juga pada grade subject yang adik-adik nak mohon pengecualian, dan bergantung juga pada kelulusan dan budi bicara Ketua Jabatan dan sebagainya.

By the way, kalau dah diterima masuk dan dapat tawaran ke program ni, kebiasaannya adik-adik akan ditempatkan di Kolej Serumpun UPM. Kolej ni okay je tau, ada bus banyak untuk pergi kelas, Cafe pun not bad. Nak tahu lebih banyak pasal Kolej Serumpun UPM ? Next entry lah yaaa. Hahahaha. 


Untuk nak tahu tentang pinjaman pendidikan boleh ubah (PIDN) JPA boleh click hereeeeee Program Ijazah Dalam Negara JPA